Botcat

 Kucing hutan(botcat)


Comel Tapi Bahaya, Kenali Kucing Hutan Paling Digeruni Ramai
Sebut sahaja kucing, haiwan ini terkenal dengan sikap comel dan manja. Tidak hairan mengapa ia menjadi salah satu haiwan yang banyak dipelihara oleh sebahagian orang ramai.

Telatahnya yang tidak dijangka sentiasa mencuit hati sesiapa sahaja yang bersamanya lebih-lebih lagi bagi penggemar kucing.

Haiwan ini terdiri daripada pelbagai jenis warna dan spesies seperti British Short Hair (BSH), Semi Flat Face, Maincoon dan Persian dan banyak lagi. Kebiasaannya haiwan ini tinggal di dalam rumah bersama pemiliknya.

Berbeza dengan spesies kucing ini iaitu, kucing hutan. namun sesuai dengan namanya, habitat asal haiwan ini adalah di dalam hutan dan lebih liar berbanding kucing biasa.Di Amerika Syarikat, tahukah anda sebenarnya kucing hutan dianggap merbahaya meskipun kelihatan comel. Tambahan lagi, beberapa video yang dimuat naik di TikTok menunjukkan haiwan yang turut dikenali sebagai bobcat itu ditakuti oleh masyarakat di sana.

Adakah Kucing Hutan Bahaya? Apa Yang Perlu Diketahui Tentang Kucing Comel Liar Ini?
Perlu dingatkan bahawa walaupun kucing hutan sekali pandang kelihatan comel seperti kucing biasa. Haiwan ini tergolong sebagai haiwan liar.


Sekiranya anda bertemu dengan haiwan ini di sebalik denai atau semak-samun ketika mendaki, ia seperti anda sedang menceroboh kawasannya.

Bobcat boleh menjadi bahaya sama seperti haiwan liar lain.



Comments

Popular Posts