Triple cuties

3 ekor kucing comel

 

Kucing Parsi adalah kucing domestik yang sempurna untuk dibela, sesuai juga jika dirumah anda ada kanak-kanak. Kucing ini kurus, berbulu lebat dan elegan. Kucing yang penuh semangat, pandai menyeimbangkan badan dan bersifat tenang ini, kurang menghadapi masalah stres. Ia tidak memerlukan ruang yang lebih besar daripada sofa, kerusi dan katil jika anda ingin membiarkan haiwan kesayangan anda untuk berlegar di dalam ruang rumah.

Keistimewaan:

Berbulu panjang, sehingga 20 cm, ekornya yang tebal, bermata besar, terdiri daripada pelbagai warna dari monokromik hingga dua warna (kebiasaannya gabungan warna putih). Berat kucing Parsi betina kira-kira 3.5-5.5 kg dan lebih daripada 5.5 kg untuk kucing Parsi jantan. Kucing Parsi kebiruan menjadi sangat popular di Eropah pada era Victorian Age kerana Ratu Victoria, mempunyai beberapa kucing Parsi berwarna biru sehingga semua kerabat Diraja dan peniaga kaya inginkan baka yang sama.

Selepas era kegemilangan kucing Parsi kelabu, kucing bermata biru putih, Parsi dengan bulu putih dan warna oren atau cerah juga popular. Selepas putih, datang pula kucing Parsi hitam, disukai orang secara meluas, sementara Kucing Parsi Merah tidak kurang peminatnya. Warna-warna lain seperti coklat, perak dan lilac juga agak popular baru-baru ini.

Comments